URUSAN SEKOLAH

"Platform Pendidikan untuk Guru, Murid dan Ibu Bapa"

Selamat sejahtera. Terima kasih atas peluang yang diberikan. Tahun 2021 adalah tahun pertama saya mengajar Matematik Tambahan Tingkatan 5. Di sini saya ingin berkongsi Nota Matematik Tambahan T5 dalam bentuk google form. Harap membantu.

Melalui cara ini, murid yang mengulangkaji bersama video pengajaran dan “bertanya” dengan menuliskan persoalan di kawasan yang disediakan.

Apabila saya mengakses respon, saya dapat tahu apakah masalah yang dihadapi oleh murid dalam pemahaman konsep atau pengiraan.

Latihan dalam bentuk google form.

Saya mementingkan pemahaman konsep dan cara pengiraan. Murid akan upload gambar cara kerja mereka dan saya akan menanda. Saya akan mengecilkan saiz gambar dalam bentuk jpeg atau png dan menanda menggunakan Adobe Fill & Sign.

Setiap soalan yang telah ditanda akan dipaparkan (add file) pada google classroom sebagai rujukan jawapan untuk murid-murid yang lain.
Makluman nota dan latihan serta rujukan di google classroom.

Kepada guru yang berminat, saya boleh berkongsi template saya. Cikgu boleh tuliskan alamat moe di ruang komen yang disediakan.

Apakah pandangan / cadangan anda terhadap PdPR Matematik Tambahan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *